Wednesday, May 20, 2009

1 MALAYSIA


Alhamdulillah Malaysia kini sedang diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa yang akan membawa kepada perpaduan yang sejati.Langkah pertama Dato'Seri Najib mengisytihar konsep 1 Malaysia telah mencetus satu pemikiran baru berdasar idea lama ayahanda beliau iaitu Tun Abd Razak yang ingin melihat rakyat bersatu-padu .DEB telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum .Dengan harapan rakyat akan menganggap mereka adalah sama dan tidak dipinggirkan.Oleh sebab itu, Rancangan Felda dan pembangunan luar bandar diberi perhatian pada masa itu untuk memberi keyakinan kepada orang Melayu bahawa mereka tidak akan terpinggir. Keputusan menempatkan mereka di tanah-tanah rancangan telah berjaya dan taraf hidup mereka sudah meningkat disamping menambah sumber pendapatan negara pada ketika itu .

Kini konsep 1 Malaysia merupakan wacana baru Dato' Seri Najib bagi mewujudkan satu rumpun bangsa Malaysia yang bersatu- padu .Bangsa Malaysia yang akan sama-sama memajukan negara.Bangsa Malaysia yang unit yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik kini diberi peluang dan untuk sama-sama menikmati hasil dan pencapaian yang telah dan akan diperoleh kelak.Seluruh rakyat mempunyai hak dan tidak akan diabaikan.

Hak dan peluang yang selama ini dipertikaikan akan dikaji semula semula agar seluruh rakyat tidak lagi menganggap mereka dipinggirkan.Orang-orang Melayu sudah tentu tidak akan dipinggirkan dan dianiaya semata-mata untuk menzahir konsep 1 Malaysia.Sebagai Pemimpin Nombor Satu negara sudah tentu beliau akan membuat sesuatu untuk mengembalikan keyakinan seluruh rakyat bahawa mereka sedang berada dalam 1 Malaysia.Barisan Kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum sudah tentu lebih arif dan akan diberi faham oleh Dato' seri Najib mengenai konsep 1Malaysia ini.

Penduduk di Sabah dan Sarawak tidak harus menganggap mereka kelas kedua kerana tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang baik dan lengkap.Kedudukan geografi dan bajet negara yang kurang menjurus kepada defisit juga sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembangunan di kawasan pedalam di sabah dan Sarawak.

Kini penduduk Sabah dan Sarawak tidak perlu gusar dan patah hati kerana kepimpinan baru ini akan membawa Sabah dan Sarawak kepada suatu yang berbeza berbanding sebelum ini sama ada dari segi politik,ekonomi dan pembangunan yang lebih seimbang .

Bercakap mengenai perasaan tidak puas hati kaum lain di Malaysia,kita perlu berdoa agar Konsep 1 Malaysia ini akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang sedikit retak akibat pandangan kumpulan-kumpulan yang berbeza.Perdana Menteri telah berjanji semua kaum di Malaysia tidak akan diabaikan.Hak dan peluang mereka akan diberi dengan tidak mengganggu hak kaum lain yang sedia ada.Pembesaran Kek ekonomi seperti idea mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dianggap satu cara yang harus diteruskan bagi mencapai hasrat tersebut.

Kaum Indiadan Cina yang selama ini menganggap mereka kumpulan rakyat yang diabaikan tidak perlu risau kerana pelbagai kemudahan dan peluang telah dan sedang disediakan untuk mereka.Kolej-kolej pendidikan dibina untuk memberi peluang kepada anak yang terdiri daripada kaum India dan Cina melanjutkan pelajaran.Biasiswa juga telah diberikan kepada mereka yang layak untuk melanjutkan pelajaran.Apabila kembali dalam masyarakat seterusnya boleh membantu meningkatkan taraf hidup keluarga dan kaum mereka sendiri.Kerajaan juga telah memberi kelonggaran syarat kepada belia-belia kaum bukan Melayu untuk menceburkan diri dalam perkhidmatan Awam seperti Polis dan tentera.

Oleh itu,semua pihak harus memberi sedikit ruang kepada kepimpinan baru ini untuk membuktikan kebolehan beliau.Hasil daripada komitmen yang telah diberikan oleh pemimpin- pemimpin sebelum ini akan menampakkan hasilnya nanti.Apa yang perlu ialah kita mesti bersabar.Tidak perlu ada pemimpin yang cuba menonjol untuk menjadi wira kaum mereka.Ingat kita 1 Malaysia

Sunday, May 10, 2009

Disiplin Anak-anak dan Pelajar Melayu Islam


Sesungguhnya disiplin pelajar pada masa sekarang amat merunsingkan semua pihak,terutamanya mereka yang sangat prihatin mengenai masa depan diri dan keluarga pelajar tersebut.Ada juga yang langsung tidak mengambil peduli masalah ini.Mereka hanya mengharapkan ada pihak lain yang akan mengambil tugas untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebenarnya masalah disiplin ini akan dapat ditangani sekiranya semua pihak terutamanya ibu bapa mementingkan solat.Solat akan membantu dan mengelak para pelajar terutamanya pelajar Islam daripada terjerumus dalam masalah disiplin.

Ketepatan waktu dalam mengerjakan solat membantu mereka mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran di sekolah ataupun di rumah.Ibu bapa dan guru tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengawal dan memaksa anak-anak dan pelajar mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka sendiri patut lakukan.

Anak anak remaja tidak akan terjerumus dalam kancah dadah dan kegiatan merempit kerana mereka sedar bahawa tuhan melihat apa-apa yang mereka lakukan.Kesedaran begini haruslah ditanam dalam fikiran dan benak anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Mengenai pakaian pula anak-anak remaja tidak akan berpakaian yang tidak menutup aurat dan menjolok mata jika mereka telah dilatih dengan solat.Anak-anak tidak akan berbuat demikian kerana mudah bagi mereka untuk mengerjakan solat jika mereka sudah bersedia dengan pakaian yang menutup aurat.

Ingatlah ! solat adalah merupakan salah satu cara untuk mengelakkan masalah disiplin dan gejala sosial anak-anak orang Islam.InsyaAllah tuhan akan melindungi anak-anak kita daripada maksiat kerana sembahyang itu boleh menjauhkan kita daripada maksiat.

Jangan lupa ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat haruslah menjadi pemantau dan menjaga "tepi kain" antara satu sama lain .

Saturday, May 9, 2009

Visi dan Misi

Salam Bahagia ,
Inilah blog yang akan memberi dimensi baru kepada anda semua.
Anda harus bersabar kerana blog ini masih dalam percubaan